Thursday, 2 January 2014

Kau Ditakdirkan Untukku

 

Kau Ditakdirkan Untukku
by Gee Muszisya

ISBN: 978-967-0246-04-8
Format: Paperback, 528 pages
Publication: Karya Seni, 2011
Condition: Good with light shelf wear

Lelong Price: RM8.00

Kenangan lama di dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Nuranis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis. Namun sebaliknya bagi Nuranis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan yang menanggungnya, kerana tidak sampai hati untuk menghampakan harapan Datin Kamariah, tidak terluah kata penolakan di bibirnya. Bermula saat itu, Akmal mula berazam untuk menawan hati Nuranis.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah di ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadia idamannya di saat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

No comments: