Showing posts with label Malaysian. Show all posts
Showing posts with label Malaysian. Show all posts

Tuesday, 7 January 2014

Ikan di Laut, Asam di Darat

 

Ikan di Laut, Asam di Darat
by Chef Adu Amran

ISBN: 978-983-097-425-5
Format: Paperback, 170 pages
Publication: Galeri Ilmu, 2013
Condition: Excellent

Lelong Price: RM10.00

Monday, 6 January 2014

In Liberal Doses

 

In Liberal Doses
by Marina Mahathir

ISBN: 983-99507-8-9
Format: Paperback, 200 pages
Publication: Star Publications & Archipelago Press, 1997
Condition: Good

Lelong Price: RM8.00

Marina's "Musings" columns for The Star newspaper -- compassionate, outspoken, liberated, and unabashedly liberal are a talking point in Malaysia's capital and throughout the country. They began as a regular personal commentary on Marina's everyday life as a mother, hut as time went on the range expanded. Her writing came to touch on, and often debate, vital issues of national and global importance and are eagerly read by a huge public. This book collects the best of the columns since 1991, and Marina herself introduces the pieces, putting them into perspective -- a perspective quite different than what is typically reported in the Western media.

Thursday, 2 January 2014

Bisik-bisik Gelora

 

Bisik-bisik Gelora
by Fauziah Ashari

ISBN: 978-967-0184-48-7
Format: Paperback, 604 pages
Publication: Buku Prima, 2011
Condition: Good with a light shelf wear

Lelong Price: RM8.00

Banin Arumi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh darioada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seoramg pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah  menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang akan terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Jangan Bilang Benci

 

Jangan Bilang Benci
by Muna Mahira

ISBN: 978-983-124-631-3
Format: Paperback, 500 pages
Publication: Alaf 21, 2011
Comdition: Good with light shelf wear

Lelong Price: RM8.00

Benci! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku - Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku.

Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya darioada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu.

Argh...Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku...

Kau Ditakdirkan Untukku

 

Kau Ditakdirkan Untukku
by Gee Muszisya

ISBN: 978-967-0246-04-8
Format: Paperback, 528 pages
Publication: Karya Seni, 2011
Condition: Good with light shelf wear

Lelong Price: RM8.00

Kenangan lama di dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Nuranis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis. Namun sebaliknya bagi Nuranis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan yang menanggungnya, kerana tidak sampai hati untuk menghampakan harapan Datin Kamariah, tidak terluah kata penolakan di bibirnya. Bermula saat itu, Akmal mula berazam untuk menawan hati Nuranis.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah di ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadia idamannya di saat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?